MEMAHAMI AKU
Bismillahi rahmani rahim
Ketahuilah
olehmu wahai anak-anakku akan siapakah yang dinamakan AKU itu barulah
engkau tahu dan mengenal akan hakikat sebenar Rahsia Ketuhananmu.
Maka
dengan ini ku lampirkan suatu keterangan buatmu dan ku bukakan tabir
rahsia untukmu agar kau tahu dan mengerti apakah dan siapakah yang
dimaksudkan kepada AKU.
AKU.
Adalah kalimah mufrad (satu) dan ia tidak mewakili mana-mana jenis samada lelaki atau pun wanita dan ia melepasi anggapan itu.
AKU
adalah satu hal yang tidak ada padanya gambaran yang nyata kerana ia
bersifat tidak nyata (nagetif), dan sesungguhnya AKU itu adalah satu
rahsia yang di tajjallikan oleh Tuhan dan ia menjadi penyata bagi
Zatullah. AKU adalah merupakan Sifat Ketuhanan yang terbit dari Tuhan
Yang Maha Kuasa.
Padanya
pula terdiri akan Sifat-Sifat Kebesaran Tuhan kerana ia (aku) itu
adalah Benyata bagi Zat Tuhan atau dengan kata lain dia (aku) itulah
Kenyataan Tuhan.
Sesungguhnya
Zatullah itu tidaklah dapat kita ketahui akan keadaan dirinya dan jauh
sekali untuk kita mengatakan dia itu berupa dan macam-macam lagi,
kerana ia LAISA KAMISLIHI SAI’UN ……..tidak menyerupai dengan sesuatu
apa pun. Oleh kerana itulah Tuhan mahu memperkenalkan DIRINYA maka ia
telah menyatakan akan Sifat Ketuhanan nya dan ia yang bernama AKU.
Dalam
ilmu hakikat AKU ini digelarkan oleh mereka dengan nama AMAR ROBBI
….urusan tuhan, dan ia membawa makna kepada keadaan Tuhan padanya. Perlu
di ingat AKU itu bukanlah Tuhan akan tetapi ianya Penyata yang
dinyatakan Tuhan agar ia nyata maka apabila ia (aku) nyata maka nyatalah
Kebesaran Tuhan itu, kerana kalau ia tidak nyata maka Kebesaran Tuhan
tidak akan nyata dan kita tidak akan tahu yang tuhan itu ada walaupun
ia ada.
Didalam
ilmu yang kita perlajari ini saya ingin menyatakan bahawa AKU itu
adalah Ketuhanan dan ia merupakan titik pertama yang dinyatakan Tuhan
pada jasadku ini. Apabila ia berada didalam badan diri ini maka ia telah
menjadi DIRI pula.
AKU yang tadinya merupakan titik atau noktah awal kini telah berkembang menjadi DIRI dan diri itulah Cahaya Ketuhanan yang dinyatakan Nya daripada nyalah (AKU) mendatangkan kehidupan kepada badan kita ini.
Pada AKU itu ada berbagai-bagai rahsia dan ia merupakan satu Khazanah Tuhan kepada
kita ini. Asal kita mahu pasti kita akan dapat sesuatu darinya tetapi
dengan syarat kita mesti mengenal dan mengetahui akan keadaaan nya.
AKU
yang tidak berupa dan bertampan ini hanya mampu kau tahu sahaja kerana
ianya satu hal yang terahsia pada keadaan sifat kezahiran rupa paras
dan bentuk.
Oleh
itu kau hanya mampu tahu dan merasai sahaja akan keberadaanku pada
badan dirimu itu. AKU merupakan induk kepada kehidupan mu itu tanpaku
kau akan mati.
Anak-anakku…….ketahuilah
olehmu bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan pada nya ada beberapa Sifat
yang telah digantungkan oleh Tuhan bagi menyatakan dan mendalilkan
akan Kebesaran Tuhan dan dengan nya (sifat) ia dapat mentadbir alam
badan diri ini. Sifat-sifat itu adalah……..
1) hayat
2) ilmu
3) qudrat
4) irodhat
5) sama’
6) basar
7) kalam
Inilah
Sifat-Sifat Nya dan ia dipangil Sifat Ma’ani. Sebenarnya sifat-sifat
ini ada pasangan nya dan ia terzahir dari pasangan itulah siapakah
pasangan nya itu? Pasangan nya itu adalah Sifat Maknawiah iaitu……..
1) hayyun
2) alimun
3) qodirun
4) muriidun
5) sami’un
6) basirun
7) mutakalliman
Sifat-sifat
ini adalah pasangan nya dan ia menunjukan akan keadaan Tuhan pada
Kebesaran Nya itu….maka jelaslah bagi kita ini bahawa AKU itu membawa faham kepada kita dengan makna Ketuhanan (Kenyataan Tuhan).
Adalah
Zat dan Sifat itu sebenarnya tidak terpisah dan saya tidaklah
mengatakan ianya terpisah akan tetapi dalam menyatakan kalimah AKU ini
saya menyatakan ianya adalah penyataan. Umpama lampu suluh mengeluarkan
cahaya dan menyuluh dinding,cahaya pada dinding itu adalah cahayanya
dan cahaya pada cermin lampu itupun cahaya nya oleh itu adakah cahaya
yang berada pada dinding itu terpisah dari lampu dan cahaya pada cermin
lampu itu…….
Tentu
tidak bukan, walaupun ianya berjarak dengan jarak yang jauh, kerana
ianya adalah tali bertali dari punca yang sama. Maka tali itulah bagi
AKU ianya Sifat Ma’ani dan tali bagi penyambungnya itu adalah Sifat
Maknawiah dan ia dari Tuhan jua datang nya. MANLA YAKRIF FALA
YAKZUK…barang siapa tak mengenal maka tak akan merasai.
Anak-anakku
kau perlu meletakkan fahaman mu itu dalam hal ini kepada kedudukan AKU
kerana itulah asal dirimu dan asal dibalik asalmu itu adalah dari Zat
jua adanya. Dan semua yang ada ini berasal dari nya iaitu daripada
ilmunya.
Kau
jangan bicara tentang keadaan zat tuhan kerana kau tak mampu untuk
itu,cukuplah kau bicara tentang AKU kerana ia adalah asal mula dirimu
dan darinya dirimu terbit,.kata orang bijak pandai “mengenal diri
mengenal tuhan” dan AKU itulah Zat bagi diri dan diri itu kenyataanku.
AKU…….adalah
kenyataan tuhan dan ia adalah sifat kesempunaan nya,bila AKU menerima
badan maka diriku terbit mendatang pula dan aku lenyap didalamnya
itulah saya mengatakan ianya adalah zat diri,bukan zat tuhan.kerana AKU
adalah AKU dan AKU bukan TUHAN dan TUHAN adalah TUHAN dan TUHAN bukan
AKU,akan tetapi AKU datangnya dari TUHAN.
AKULAH ………………..ketuhanan.
Renungilah
olehmu dengan pandangan basirahmu agar kau tahu dan mengerti dan
temuilah AKU,kehidupan yang kita ada ini merupakan dalil penyataan af’al
(perbuatan) AKU yang mana ia terjadi melalui proses-proses
semulajadi.AKU…..yang menanggung amanah dari tuhan membawa dan menerima
suatu tugas yang besar didalam menjalani kehidupan didunia maupun
akhirat.
Ingat-ingatlah
wahai anak-anakku………..dalam perjalanan ini pastikan kau meletakkan
semua pengharapan kepada AKU kerana AKU itu cukup mencukupi bagi
mu.rahsia ilahi yang maha kuasa itulah yang menjadi
bekalanmu.AKU……..yang hidup tiada mati,kekal tiada binasa menjadi diri
bagi badanku sendiri dan kini AKU bergerak pada jalanku iaitu jalan
rahsia ilahi………..
AKU adalah Rahsia Tuhan Menyata Sifat Yang Maha EsaKini aku telah berbadan …Hidup didunia sebagai hamba.
Subscribe to posts
MAQAM MAQAM ROH
posted
Oct 15, 2009, 1:24 AM by alif braja
[
updated Apr 23, 2013, 11:33 AM ]
Dalam
istilahi tasawwuf yang dimaksud maqamat sangat berbeza dengan maqam
dalam istilah umum yang bererti kubur. Pengertian maqamat secara adalah
bentuk jamak dari kata maqam, yang berarti kedudukan kerohanian
Maqam erti nya :
1)
adalah "tempat berdiri", dalam istilah sufis bererti tempat atau
martabat seseorang hamba di hadapan Allah pada saat dia berdiri
menghadap kepada-Nya. Adapun "ahwal" bentuk jamak dari 'hal'
2) biasanya diartikan sebagai keadaan minda atau fikiran yang dialami oleh para sufi celah-celah perjalanan kerohaniannya
Dengan erti kata lain, maqam diertikan sebagai suatu tahap adab
kepadaNya dengan bermacam usaha diwujudkan untuk satu tujuan
pencarian dan ukuran tugas masing-masing yang berada dalam tahapnya
sendiri ketika dalam keadaan tersebut, serta tingkah laku riyadah
menuju kepadanya.
3 Seorang sufi tidak dibenarkan berpindah ke suatu maqam
lain, kecuali setelah menyelesaikan syarat-syarat yang ada dalam maqam
tersebut. Tahap-tahap atau tingkat-tingkat maqam ini bukannya berbentuk
yang sama di antara ahli-ahli sufi, namun mereka bersependapat bahawa
tahap permulaan bagi setiap maqam ialah taubah.
Rentetan amalan para sufi tersebut di atas akan memberi kesan kepada
keadaan rohani yang disebut sebagai al-ahwal yang diperoleh secara
rohaniah dalam hati secara tidak langsung sebagai anugerah daripada Allah
semata-mata, daripada rasa senang atau sedih, rindu atau benci, rasa takut
atau sukacita, ketenangan atau kecemasan secara berlawanan dalam kenyataan
dan pengalaman dan sebagainya.
4
Al-Maqamat dan al-ahwal adalah dua bentuk kesinambungan yang
bersambungan dan bertalian daripada sebab akibat amalan-amalan melalui
latihan-latihan rohani.
Banyak pendapat yang berbeza untuk mendefinisikan maqamat, di antaranya :
Al
Qusyairi, menjelaskan bahwa maqamat adalah etika seorang hamba dalam
wushul (mencapai, menyambung) kepadanya dengan macam upaya, diwujudkan
dengan tujuan pencarian dan ukuran tugas. Al Qusyairi menggambarkan
maqamat dalam taubat - wara - zuhud - tawakal - sabar dan Ridha.
Al
Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin membuat sistematika maqamat dengan
taubat - sabar - faqir - zuhud - tawakal - mahabbah - ma'rifat dan
redha.
At Thusi menjelaskan maqamat sebagai berikut : Al Taubat - Wara - Zuhud - faqir - sabar - redha - tawakal - ma'rifat.
Al
Kalabadhi (w. 990/5) didalam kitabnya "Al taaruf Li Madzhab Ahl
Tasawuf", menjelaskan ada sekitar 10 maqamat : Taubat - zuhud - sabar -
faqir - dipercaya - tawadhu (rendah hati) - tawakal - redha - mahabbah
(cinta) -dan ma'rifat.
Ibn Arabi dalam kitab Al futuhat Al
Makiyah bahkan menyebutkan enam puluh maqam tetapi tidak memperdulikan
sususunan maqam tersebut.
Maqam-maqam di atas harus dilalui oleh
seorang sufi yang sedang mendekatkan diri kepada Tuhannya. Karena
urutan masing-masing ulama sufi dalam menentukan urutan seperti yang
tersebut di atas tidak seragam sehingga mengelirukan murid, biasanya
Syaikh (guru) tasawuf akan memberikan petunjuknya kepada muridnya.
Menjelaskan
perbezaan tentang maqamat dan hal mengelirukan karena definisi dari
masing-masing tokoh tasawuf berbeza tetapi umumnya yang dipakai sebagai
berikut:
Maqamat adalah perjalanan rohaniah yang diperjuangkan
oleh para Sufi untuk memperolehnya. Perjuangan ini pada hakikatnya
merupakan perjuangan srohaniah yang panjang dan melelahkan untuk melawan
hawa nafsu termasuk ego manusia yang dipandang sebagai berhala besar
dan merupakan halangan untuk menuju Tuhan. Didalam
kenyataannya para Saliki memang untuk berpindah dari satu maqam ke
maqam lain itu memerlukan waktu yang bertahun- tahun, sedangkan "ahwal"
sering diperoleh secara spontan sebagai hadiah dari Tuhan. Contoh
ahwal yang sering disebut adalah : takut , syukur, rendah hati, ikhlas,
takwa, gembira. Walaupun definisi yang diberikan sering berlawanan
makna, namun kebanyakan mereka mengatakan bahwa ahwal dialami secara
spontan dan berlangsung sebentar dan diperoleh bukan atas dasar usaha
sedar dan perjuangan keras, seperti halnya pada maqamat, melainkan
sebagai hadiah dari kilatan Ilahiah , yang biasa disebut
"lama'at".Menurut al-Qusyairi (w. 465 H) maqam adalah
tahapan adab (etika) seorang hamba dalam rangka wushul (sampai)
kepadaNya dengan berbagai upaya, diwujudkan dengan suatu tujuan
pencarian dan ukuran tugas.
Adapun
pengertian maqam dalam pandangan al-Sarraj (w. 378 H) yaitu kedudukan
atau tingkatan seorang hamba dihadapan Allah yang diperoleh melalui
serangkaian pengabdian (ibadah), kesungguhan melawan hawa nafsu dan
penyakit-penyakit hati (mujahadah), latihan-latihan spiritual (riyadhah)
dan mengarahkan segenap jiwa raga semata-mata kepada Allah.
Semakna
dengan al-Qusyairi, al-Hujwiri (w. 465 H) menyatakan bahwa maqam
adalah keberadaan seseorang di jalan Allah yang dipenuhi olehnya
kewajiban-kewajiban yang berkaitan dengan maqam itu serta menjaganya
hingga ia mencapai kesempurnaannya. Jika diperhatikan beberapa pendapat
sufi diatas maka secara terminologis kesemuanya sepakat memahami
Maqamat bermakna kedudukan seorang pejalan spiritual di hadapan Allah
yang diperoleh melalui kerja keras beribadah, bersungguh-sungguh melawan
hawa nafsu dan latihan-latihan spiritual sehingga pada akhirnya ia
dapat mencapai kesempurnaan. Bentuk maqamat adalah
pengalaman-pengalaman yang dirasakan dan diperoleh seorang sufi melalui
usaha-usaha tertentu; jalan panjang berisi tingkatan-tingkatan yang
harus ditempuh oleh seorang sufi agar berada sedekat mungkin dengan
Allah. Tasawuf memang bertujuan agar manusia (sufi) memperoleh hubungan
langsung dengan Allah sehingga ia menyadari benar bahwa dirinya berada
sedekat-dekatnya dengan Allah. Namun, seorang sufi tidak dapat begitu
saja dekat dengan Allah. Ia harus menempuh jalan panjang yang berisi
tingkatan-tingkatan (stages ataustations). Jumlah maqam yang harus
dilalui oleh seorang sufi ternyata bersifat relatif. Artinya, antara
satu sufi dengan yang lain mempunyai jumlah maqam yang berbeda. Ini
merupakan sesuatu yang wajar mengingat maqamat itu terkait erat dengan
pengalaman sufi itu sendiri.
Ibn
Qayyim al-Jauziyah (w. 750 H) berpendapat bahwa Maqamat terbagi kepada
tiga tahapan. Yang pertama adalah kesadaran (yaqzah), kedua adalah
tafkir (berpikir) dan yang ketiga adalah musyahadah. Sedangkan menurut
al-Sarraj Maqamat terdiri dari tujuh tingkatan yaitu taubat, wara’,
zuhd, faqr, shabr, tawakkal dan ridha.
Al
Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin membuat sistematika maqamat dengan
taubat – sabar – faqir – zuhud – tawakal – mahabah – ma’rifat dan
ridha. At Thusi menjelaskan maqamat sebagai berikut : Al Taubat – Wara –
Zuhud – faqir – sabar – ridha – tawakal – ma’rifat. Al Kalabadhi (w.
990/5) didalam kitabnya “Al taaruf Li Madzhab Ahl Tasawuf” menjelaskan
ada sekitar 10 maqamat : Taubat – zuhud – sabar – faqir – dipercaya –
tawadhu (rendah hati) – tawakal – ridho – mahabbah (cinta) -dan
ma’rifat.
Tentang "Hal", dapat diambil contoh beberapa item yang diungkapkan oleh al-
Thusi sebagai item yang termasuk di dalam kategori hâl yaitu:
Al-murâqabat (rasa selalu diawasi oleh Tuhan),
al-qurb (perasaan dekat kepada Tuhan),
al-mahabbat (rasa cinta kepada Tuhan),
al-khauf wa al-rajâ’ (rasa takut dan pengharapan kepada Tuhan),
al-syawq (rasa rindu),
al-uns (rasa berteman),
al-thuma’nînat (rasa tenteram),
al-musyâhadat (perasaan menyaksikan Tuhan dengan mata hati), dan
al-yaqîn (rasa yakin).
Kembali kepada masalah Al-Maqaamaat dan Al-Akhwaal, yang dapat
dibezakan dari dua segi:
a). Tingkat kerohanian yang disebut maqam hanya dapat diperoleh
dengan cara pengamalan ajaran Tasawuf yang sungguh-sungguh. Sedangkan
ahwaal, di samping dapat diperoleh manusia yang mengamalkannya, dapat
juga diperoleh manusia hanya karena anugErah semata-mata dari Tuhan,
meskipun ia tidak pernah mengamalkan ajaran Tasawuf secara sungguh-
sungguh.
b) Tingkatan kerohanian yang disebut maqam sifatnya
bertahan lama, sedangkan ahwaal sifatnya sementara; sering ada pada
diri manusia, dan sering pula hilang. Meskipun ada pendapat Ulama
Tasawuf yang mengatakan bahwa maqam dan ahwaal sama pengertiannya,
namun penulis mengikuti pendapat yang membeZakannya beserta alasan-
alasannya.
Tentang jumlah tingkatan maqam dan ahwaal, tidak disepakati oleh Ulama
Tasawuf. Abu Nashr As-Sarraaj mengatakan bahwa tingkatan maqam ada
tujuh, sedangkan tingkatan ahwaal ada sepuluh.
Adapun tingkatan maqam menurut Abu Nashr As-Sarraj, dapat disebutkan
sebagai berikut:
a). Tingkatan Taubat (At-Taubah);
b) Tingkatan pemeliharaan diri dari perbuatan yang haram dan yang
makruh, serta yang syubhat (Al-Wara');
c). Tingkatan meninggalkan kesenangan dunia (As-Zuhdu).
d) Tingkatan memfakirkan diri (Al-Faqru).
e). Tingkatan Sabar (Ash-Shabru).
f). Tingkatan Tawakkal (At-Tawakkul).
g). Tingkatan kerelaaan (Ar-Ridhaa).
Mengenai tingkatan hal (al-ahwaal) menurut Abu Nash As Sarraj, dapat
dikemukakan sebagai berikut;
a). Tingkatan Pengawasan diri (Al-Muraaqabah)
b). Tingkatan kedekatan/kehampiran diri (Al-Qurbu)
c). Tingkatan cinta (Al-Mahabbah)
d). Tingkatan takut (Al-Khauf)
e). Tingkatan harapan (Ar-Rajaa)
f). Tingkatan kerinduan (Asy-Syauuq)
g). Tingkatan kejinakan atau senang mendekat kepada perintah Allah
(Al-Unsu).
h). Tingkatan ketenangan jiwa (Al-Itmi'naan)
i). Tingkatan Perenungan (Al-Musyaahaah)
j). Tingkatan kepastian (Al-Yaqiin).
Maqām
merupakan tahapan-tahapan thariqah yang harus dilalui oleh seorang
salik, yang membuahkan keadaan tertentu yang merasuk dalam diri salik.
Misalnya maqām taubat, seorang salik dikatakan telah mencapai maqām ini
ketika dia telah bermujahadah dengan penuh kesungguhan untuk menjauhi
segala bentuk maksiat dan nafsu syahwat. Dengan demikian, maqām adalah
suatu keadaan tertentu yang ada pada diri salik yang didapatnya melalui
proses usaha riyadhah (melatih hawa nafsu).
Sedangkan yang
dimaksud dengan hāl − sebagaimana diungkapkan oleh al-Qusyairi − adalah
suatu keadaan yang dianugerahkan kepada seorang sālik tanpa melalui
proses usaha riyadhah.
Namun, dalam konsep maqām ini Ibn
Atha’illah memiliki pemikiran yang berbeza, dia memandang bahawa suatu
maqām boleh dicapai bukan karena adanya usaha dari seorang salik,
melainkan semata anugerah Allah swt. Karena jika maqām dicapai karena
usaha salik sendiri, sama halnya dengan menisbatkan bahwa salik memiliki
kemampuan untuk mencapai suatu maqām atas kehendak dan kemampuan
dirinya sendiri.
Pun jika demikian, maka hal ini bertentangan dengan
konsep fana’ iradah, iaitu bahwa manusia sama sekali tidak memiliki
kehendak, dan juga bertentangan dengan keimanan kita bahwa Allah yang
menciptakan semua perbuatan manusia. Dengan demikian, bagi seorang salik
untuk mencapai suatu maqām hendaknya salik menghilangkan segala
kehendak dan angan-angannya (isqath al-iradah wa al-tadbir).
Mengenai maqām, Ibn Atha’illah membahaginya tingkatan maqam sufi menjadi 9 tahapan;
1. Maqam taubat
2. Maqam zuhud
3. Maqam shabar
4. Maqam syukur
5. Maqam khauf
6. Maqam raja’
7. Maqam ridha
8. Maqam tawakkal
9. Maqam mahabbah
MAKRIFAT KEPADA ALLAH
posted
Oct 13, 2009, 12:58 AM by alif braja
[
updated Apr 23, 2013, 11:31 AM ]
da pun makrifat itu rahsianya ialah mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah,oleh kerana itulah makrifat dimulakan:-
1. Makrifat diri yang zahir.
2. Makrifat diri yang bathin. 3. Makrifat Tuhan.
APA GUNA MAKRIFAT?
Ada pun guna makrifat kerana mencari HAKIKAT iaitu mengenal yang Qadim dan mengenal yang baharu sebagaimana kata:
"AWALUDDIN MAKRIFATULLAH" Ertinya: Awal ugama mengenal Allah. Maksudnya
mengenal yang mana Qadim dan yang mana baharu serta dapat mengenal
yang Qadim dan yang baharu,maka dapatlah membezakan diantara Tuhan
dengan hamba.
BAITULLAH KALBU MUKMININ
Sesungguhnya
hati ini sewaktu bayi sehingga aqil baliq diibaratkan bunga yang
sedang menguntum,tidak ada seekor ulat atau kumbang yang dapat
menjelajahnya! apabila dewasa (aqil baliq) maka hati itu ibaratkan
bunga yang sedang mengembang,maka masuklah ulat dan kumbang menjelajah
bunga itu!
Sesungguhnya amalan
makrifat dan zikir yang dibaiah itu adalah untuk membersihkan hati agar
dapat menguntum semula seperti hati kanak-kanak yang suci-bersih! Hati
ini juga seperti satu bekas menyimpan gula yang tertutup rapat dan
dijaga dengan baik! sekiranya tutup itu tidak jaga dengan baik atau
tutupnya sudah rosak,maka masuklah semut hitam yang sememangnya gula
itu makanannya! PEPERANGAN Peperangan
yang lebih besar dari perang UHUD, KHANDAK dan lain-lain peperangan
ialah "Peperangan dalam diri sendiri (Hati)", setiap saat denyut jantung
ku ini, aku akan terus berperang.Sesungguhnya iblis itu menanti saat
dan ketika untuk merosakkan anak Adam !Sekiranya aku tidak ada
bersenjata (zikir), nescaya aku pasti kecundang!Keluar masuk nafas anak
Adam adalah zikir! 6,666 sehari semalam nafas keluar dan masuk,
sekiranya anak Adam tidak bersenjata, pasti ia kecundang!
ASAL USUL MAKRIFAT
Rasulullah
SAW mengajar kepada sahabatnya Saidina Ali Karamullah.Saidina Ali
Karamullah mengajar kepada Imam Abu Hassan Basri.Imam Abu Hassan Basri
mengajar kepada Habib An Najmi.Habib An Najmi mengajar kepada Daud
Attaie.Daud Attaie mengajar kepada Maaruf Al Karhi.Maaruf Al Karhi
mengajar kepada Sirris Sakatari.Sirris Sakatari mengajar kepada Daud
Assakatar.Daud Assakatar mengajar kepada Al Junidi. Maka Al Junidi yang
terkenal sebagai pengasas MAKRIFAT.Maka pancaran makrifat itu dari
empat sumber iaitu:
1. Pancaran daripada sumber SULUK yang dinamakan Makrifat Musyahadah. 2. Pancaran daripada sumber KHALUAT yang dinamakan Makrifat Insaniah. 3. Pancaran daripada Inayah yang dinamakan ROHANI.
4. Pancaran daripada Pertapaan yang dinamakan JIRIM.
Maka dari sumber amalan itulah terbit makrifat yang tinggi dan mempunyai rahsia yang sulit.
API MA'RIFATULLAH
Dengan berlindung kepada Allah Swt, Pencetusan Api Ma’rifattullah dalam kalimah “ALLAH” saya awali.
Syahdan,
nama Allah itu tidak akan pernah dapat dihilangkan, sebab nama Allah
itu akan menjadikan Zikir bagi para Malaikat, Zikir para burung, Zikir
para binatang melata, Zikir tumbuh-tumbuhan dan Zikir dari Nasar yang 4
(tanah, air, angin dan api) serta zikir segala makhluk yang ada pada 7
lapis langit dan 7 lapis bumi, juga zikir makhluk yang berdiam diantara
langit dan bumi. (buka…..Al-Qur’an, Surah At-thalaq, ayat 1).
Adapun
zikir para makhluk Allah yang kami sebutkan tadi tidaklah sama
logatnya, dan tidak sama pula bunyi dan bacaannya. Tidak sedikit para
akhli Sufi dan para wali-wali Allah yang telah mendengar akan bunyi
zikir para makhluk itu, sungguh sangat beraneka ragam bunyinya.
Dalam
Kitab Taurat, nama Zat yang maha Esa itu ada 300 banyaknya yang
ditulis menurut bahasa Taurat, dalam Kitab Zabur juga ada 300 banyaknya
nama Zat yang maha esa itu yang ditulis dengan bahasa Zabur.
Dalam
Kitab Injil juga ada 300 banyaknya nama Zat yang Esa itu yang ditulis
dengan bahasa Injil, dan dalam Kitab Al-Qur’an juga ada 99 nama Zat
yang esa itu ditulis dalam bahasa Arab. Jika kita berhitung maka dari
keempat kitab itu yang ditulis berdasarkan versinya, maka akan ada 999
nama bagi zat yang maha esa itu, dari jumlah tersebut maka yang 998 nama
itu, adalah nama dari Sifat Zat yang maha Esa, sedangkan nama dari
pada Zat yang maha esa itu hanya satu saja, yaitu “ ALLAH ”.
Diterangkan
didalam Kitab Fathurrahman, berbahasa Arab, yaitu pada halaman 523.
disebutkan bahwa nama Allah itu tertulis didalam Al-Qur’an sebanyak
2.696 tempat.
Apa kiranya hikmah yang dapat kita ambil mengapa begitu banyak nama Allah, Zat yang maha Esa itu bagi kita…?
Allah, Zat yang maha esa, berpesan :
“ Wahai Hambaku janganlah kamu sekalian lupa kepada namaku “
Maksudnya : Allah itu namaku dan Zatku, dan tidak akan pernah bercerai, Namaku dan Zatku itu satu.
Allah
Swt juga telah menurunkan 100 kitab kepada para nabi-nabinya, kemudian
ditambah 4 kitab lagi sehingga jumlah keseluruhan kitab yang telah
diturunkan-Nya berjumlah 104 buah kitab, dan yang 103 buah kitab itu
rahasianya terhimpun didalam Al-Qur’annul karim, dan rahasia
Al-Qur’annul karim itu pun rahasianya terletak pada kalimah “ALLAH”.
Begitu
pula dengan kalimah La Ilaha Ilallah, jika ditulis dalam bahasa arab
ada 12 huruf, dan jika digugurkan 8 huruf pada awal kalimah La Ilaha
Ilallah, maka akan tertinggal 4 huruf saja, yaitu Allah.
Ma’na
kalimah ALLAH itu adalah sebuah nama saja, sekalipun digugurkan satu
persatu nilainya tidak akan pernah berkurang, bahkan akan mengandung
ma’na dan arti yang mendalam, dan mengandung rahasia penting bagi
kehidupan kita selaku umat manusia yang telah diciptakan oleh Allah Swt
dalam bentuk yang paling sempurna.
ALLAH jika diarabkan maka Ia
akan berhuruf dasar Alif, Lam diawal, Lam diakhir dan Ha. Seandai kata
ingin kita melihat kesempurnaannya maka gugurkanlah satu persatu atau
huruf demi hurufnya.
• Gugurkan huruf pertamanya, yaitu huruf
Alif (ا ), maka akan tersisa 3 huruf saja dan bunyinya tidak Allah lagi
tetapi akan berbunyi Lillah, artinya bagi Allah, dari Allah, kepada
Allahlah kembalinya segala makhluk.
• Gugurkan huruf keduanya,
yaitu huruf Lam awal (ل ), maka akan tersisa 2 huruf saja dan bunyinya
tidak lillah lagi tetapi akan berbunyi Lahu.
Lahu Mafissamawati wal Ardi, artinya Bagi Allah segala apa saja yang ada pada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.
•
Gugurkan huruf ketiganya, yaitu huruf Lam akhir ( ل), maka akan
tersisa 1 huruf saja dan bunyinya tidak lahu lagi tetapi Hu, Huwal
haiyul qayum, artinya Zat Allah yang hidup dan berdiri sendirinya.
Kalimah HU ringkasnya dari kalimah Huwa, sebenarnya setiap kalimah Huwa, artinya Zat, misalnya :
Qul
Huwallahu Ahad., artinya Zat yang bersifat kesempurnaan yang dinamai
Allah. Yang dimaksud kalimah HU itu menjadi berbunyi AH, artinya Zat.
Bagi
sufi, napas kita yang keluar masuk semasa kita masih hidup ini berisi
amal bathin, yaitu HU, kembali napas turun di isi dengan kalimah ALLAH,
kebawah tiada berbatas dan keatas tiada terhingga.
Perhatikan beberapa pengguguran – pengguguran dibawah ini :
Ketahui
pula olehmu, jika pada kalimah ALLAH itu kita gugurkan Lam (ل ) pertama
dan Lam (ل ) keduanya, maka tinggallah dua huruf yang awal dan huruf
yang akhir (dipangkal dan diakhir), yaitu huruf Alif dan huruf Ha
(dibaca AH).
Kalimah ini (AH) tidak dibaca lagi dengan nafas
yang keluar masuk dan tidak dibaca lagi dengan nafas keatas atau
kebawah tetapi hanya dibaca dengan titik.
Kalimah AH, jika
dituliskan dengan huruf Arab, terdiri 2 huruf, artinya dalam bahasa
disebutkan INTAHA (Kesudahan dan keakhiran), seandai saja kita berjalan
mencari Allah tentu akan ada permulaannya dan tentunya juga akan ada
kesudahannya, akan tetapi kalau sudah sampai lafald Zikir AH, maka
sampailah perjalanan itu ketujuan yang dimaksudkan. (Silahkan bertanya
kepada akhlinya)
Selanjutnya gugurkan Huruf Awalnya, yaitu huruf
ALIF dan gugurkan huruf akhirnya, yaitu huruf HA, maka akan tersisa 2
buah huruf ditengahnya yaitu huruf LAM pertama (Lam Alif) dan huruf LAM
kedua ( La Nafiah). Qaidah para sufi menyatakan tujuannya adalah Jika
berkata LA (Tidak ada Tuhan), ILLA (Ada Tuhan), Nafi mengandung Isbat,
Isbat mengandung Nafi tiada bercerai atau terpisah Nafi dan Isbat itu.
Selanjutnya
gugurkan huruf LAM kedua dan huruf HU, maka yang tertinggal juga dua
huruf, yaitu huruf Alif dan huruf Lam yang pertama, kedua huruf yang
tertinggal itu dinamai Alif Lam La’tif dan kedua huruf itu menunjukkan
Zat Allah, maksudnya Ma’rifat yang sema’rifatnya dalam artian yang
mendalam, bahwa kalimah Allah bukan NAKIRAH, kalimah Allah adalah
Ma’rifat, yakni Isyarat dari huruf Alif dan Lam yang pertama pada awal
kalimah ALLAH.
Gugurkan tiga huruf sekaligus, yaitu huruf LAM
pertama, LAM kedua, dan HU maka tinggallah huruf yang paling tunggal
dari segala yang tunggal, yaitu huruf Alif (Alif tunggal yang berdiri
sendirinya).
Berilah tanda pada huruf Alif yang tunggal itu
dengan tanda Atas, Bawah dan depan, maka akan berbunyi : A.I.U dan
setiap berbunyi A maka dipahamhan Ada Zat Allah, begitu pula dengan
bunyi I dan U, dipahamkan Ada Zat Allah dan jika semua bunyi itu
(A.I.U) dipahamkan Ada Zat Allah, berarti segala bunyi/suara didalam
alam, baik itu yang terbit atau datangnya dari alam Nasar yang empat
(Tanah, Air, Angin dan Api) maupun yang datangnya dan keluar dari mulut
makhluk Ada Zat Allah.
Penegasannya bunyi atau suara yang
datang dan terbit dari apa saja kesemuanya itu berbunyi ALLAH, nama
dari Zat yang maha Esa sedangkan huruf Alif itulah dasar (asal) dari
huruf Arab yang banyaknya ada 28 huruf.
Dengan demikian maka
jika kita melihat huruf Alif maka seakan-akan kita telah melihat 28
huruf yang ada. Lihat dan perhatikan sebuah biji pada tumbuh-tumbuhan,
dari biji itulah asal usul segala urat, batang, daun, ranting, dahan
dan buahnya.
Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, Syuhudul Kasrah Fil Wahdah.
Pandang
yang satu kepada yang banyak dan pandang yang banyak kepada yang satu
maka yang ada hanya satu saja yaitu satu Zat dan dari Zat itulah
datangnya Alam beserta isinya.
Al-Qur’an yang jumlah ayatnya
6666 ayat akan terhimpun kedalam Suratul Fatekha, dan Suratul Fatekha
itu akan terhimpun pada Basmallah, dan Basmallah itupun akan terhimpun
pada huruf BA, dan huruf BA akan terhimpun pada titiknya (Nuktah). Jika
kita tilik dengan jeli maka titik itulah yang akan menjadi segala
huruf, terlihat banyak padahal ia satu dan terlihat satu padahal ia
banyak.
Selanjutnya Huruf-huruf lafald Allah yang telah digugurkan
maka tinggallah empat huruf yang ada diatas lafald Allah tadi, yaitu
huruf TASYDID (bergigi tiga, terdiri dari tiga huruf Alif) diatas
Tasydid adalagi satu huruf Alif.
Keempat huruf Tasydid itu
adalah isyarat bahwa Tuhan itu Ada, maka wajib bagi kita untuk
mentauhidkan Asma Allah, Af’al Allah, Sifat Allah dan Zat Allah.
Langkah terakhir gugurkan keseluruhannya, maka yang akan tinggal adalah kosong.
LA
SAUTUN WALA HARFUN, artinya tidak ada huruf dan tiada suara, inilah
kalam Allah yang Qadim, tidak bercerai dan terpisah sifat dengan Zat.
Tarku Mayiwallah (meninggalkan selain Allah) Zat Allah saja yang ada.
La Maujuda Illallah (tidak ada yang ada hanya Allah).
Sembilan kali sudah kita menggugurkan kalimah Allah, seandainya juga belum dapat dipahami maka tanyakanlah kepada akhlinya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar